Mondiad

Friday 5 August 2022

KERANA (FULL MOVIE)

 


Klik link dibawah untuk menonton

Perjalanan telemovie ini bermula dengan menonjolkan sisi watak utama Husna tinggal bersama ibu tirinya, Azizah yang mempunyai dua orang anak iaitu Akil dan Fatimah selepas kematian ayahnya.


Malangnya beliau dilayan dengan kasar oleh adik-beradik tirinya, Azizah dan Akil. Malah lebih malang lagi bila mana Akil mula mengambil kesempatan dengan merogol Husna bukan sekali tetapi beberapa kali. 

Husna nyata tertekan dengan peristiwa tersebut dan akhirnya bertindak di luar jangkaan dengan membunuh Akil. Azizah pula hairan dengan kehilangan Akil yang tidak dapat dikesan selepas beberapa hari. 

Sementara itu Fatimah akhirnya membocorkan rahsia mengatakan ibunya, Azizah yang membunuh ayah Husna. Akibat terlalu marahkan Azizah, Husna juga membunuh Azizah dan kemudian melarikan diri. 

Sementara itu Edry terjumpa dengan Husna yang pengsan di taman sewaktu beliau melarikan diri. Semenjak peristiwa itu, mereka selalu berjumpa dan akhirnya jatuh cinta. Edry dan Husna kemudiannya telah mengambil keputusan untuk berkahwin. 

Kebahagiaan yang dikecapi Husna tersentak apabila beliau melihat Edry bersama perempuan lain. Sebenarnya perempuan itu merupakan isteri pertama Edry dan Husna tidak dapat menerima hakikat yang beliau sebenarnya bermadu. 

Husna membuat rancangan untuk menyambut kepulangan Edry di rumah selepas balik bekerja dan kemudian membunuh Edry untuk melepaskan rasa dendamnya. Husna kemudiannya menyerah diri pada pihak polis dan hasil pemeriksaan hospital mengesahkan yang beliau mengalami gangguan psikologi. Lalu apakah kesudahan dalam hidup Husna? 





No comments:

Post a Comment