Adsterra

Thursday, 11 May 2023

PELEPAS SAKA FULL MOVIE

 

Klik Link di bawah untuk tontonan percuma:

 Sinopsis Pelepas Saka

Bermula dengan kepulangan Haider (Hanif Safuan) bersama isterina Alisya (Lydia Izzati) ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri yang dianjurkan oleh keluarga Haider. Selain Haider & Alisya, adik kembar Haider (Hafizz Bahari) juga turut sama pulang menghadiri majlis tersebut sejak kecil sehingga besar Haider & Raden sangat rapat dengan ibu bapa mereka. Begitu juga dengan perhubungan mereka sebagai adik beradik kembar setiap perkara dan aktiviti di lakukan bersama

Mereka sekeluarga tinggal berjiran dengan Asiah ( Nor Albaniah) sejak dulu. Hubungan kejiranan antara keluarga Adnan dan Asiah tidak terlalu rapat kerana Asiah jarang bergaul dengan penduduk kampung dan sebulan sekali Asiah akan menghilangkan diri dengan alasan dia ke bandar untuk menjenguk saudaranya. Sejak perkahwinan Haider danAlisya tiga bulan lalu, Raden seakan mahu menjauhkan diri dari abangnya. Pada dasarnya, Haider dan Alisya pernah bercinta namun tidak diketahui oleh sesiapal Alisya redha dengan jodohnya bersama Haider dan bukannya Raden

Asiah sebenarnya mempunyai saka yang dijaga sejak dahulu lagi. Ketika majlis kenduri yang di lakukan dirumah Adnan, Asiah telah melakukan upacara melepaskan sakanya pada Haider, Setelah melepaskan sakanya, wajah Asiah berubah menjadi sangat tua dan badannya membongkok. Asiah hilang jejak sejak itu. Haider tidak menyedari bahawa dirinya kini didampingi oleh saka Asiah dan perangainya mula berubah. Dari seorang yang ceria berubah menjadi panas baran dan mula mengsyaki hubungan Raden dan Alisya. Raden juga diganggu oleh saka Asiah dengan menjelmakan diri sebagai Alisya. Raden mula tidak sedap hati dan memberitahu hal ini pada Adnan. Raden juga berusaha mencari punca setiap gangguan yang berlaku di rumah tersebut sehingga membawanya ke rumah Asiah.

Apakah kisah silam yang pernah terjadi yang menyebabkan Asiah melepaskan sakanya? Pada siapakah Saka Asiah akan dilepaskan? Raden atau Haider?



Saturday, 6 May 2023

Telefilem 30 Hari Sebelum Raya Lagi Full Movie

 

Klik link dibawah untuk tontonan percuma:

Telefilem 30 Hari Sebelum Raya lagi Full

Sinopsis Telefilem 30 Hari Sebelum Raya Lagi

Telefilem 30 Hari Sebelum Raya Lagi menampilkan barisan pelakon yang sama seperti Kazar Saisi, Liza Abdullah, Sufian Suhaimi, Chacha Maembong, Aprena Manrose, Shakilla Khoriri, Mark Adam, Nadia Brian dan ramai lagi.

  • Kazar Saisi sebagai Pak Jeri
  • Liza Abdullah sebagai Mak Tom
  • Sufian Suhaimi sebagai Harraz
  • Chacha Maembong sebagai Saodah
  • Aprena Manrose sebagai Rosnah
  • Mark Adam sebagai Hafiz 
  • Shakilla Khoriri sebagai Hamidah
  • Nadia Brian sebagai Diana

Ianya mengisahkan tentang Harraz yang diugut oleh bekas kekasihnya dan juga anak kepada bosnya iaitu Diana untuk segera meninggalkan Saodah.

Diana meletakkan syarat supaya Harraz meninggalkan Saodah sebelum tiba Hari Raya dan jika tidak dituruti Harraz akan diugut untuk dibuang kerja dan perlu membayar pampasan kepada syarikat

Wednesday, 3 May 2023

Telemovie Debunk Beraya ( 2023 ) Full Movie

 


Klik Link dibawah untuk tontonan percuma:

TELEMOVIE DEBUNK BERAYA 2023 FULL

 Tonton Telefilem/Telemovie Debunk Beraya bersiaran pada hari Jumaat, 21 April 2023, pukul 10:00 malam di astro Ria. Debunk Beraya menampilkan barisan pelakon Wan Chai, Sharifah Sakinah, Haidar Hasanudin, Danish Raja Lawak, Shahril Sarjen dan ramai lagi.

Juga boleh tonton Telefilem Debunk Beraya live stream di astro Ria/ Ultra Box untuk pilihan yang lebih fleksibel.

TELEFILEM DEBUNK BERAYA

Waktu siaran : Jumaat, 21 April 2023, pukul 10:00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : astro Ria, strim di astroGo/ Ultra Box!
Pengarah : Reen Emran
Produksi : Klmotion Picture Company


BARISAN PELAKON TELEFILEM DEBUNK BERAYA

Wan Chai, Sharifah Sakinah, Haidar Hasanudin, Danish Raja Lawak, Shahril Sarjen dan ramai lagi.

WATAK PELAKON TELEFILEM DEBUNK BERAYA

Wan Chai sebagai Sofi
Sharifah Sakinah sebagai Edna

SINOPSIS TELEFILEM DEBUNK BERAYA

Rancangan perjalanan Sofi dan Mizan untuk pulang ke kampung terencat, apabila peminat-peminat DEBUNK mencabar Sofi untuk membuktikan hantu syaitan diikat menjelang Ramadan. Demi membuktikan kebenaran kata-katanya, Mizan mengajak Sofi ke Hospital Mega Utara dan Sofi sememangnya pantang dicabar!

Kedatangan Sofi ke Hospital Mega Utara secara tidak sengaja mengundang Edna yang dah lama kesepian di situ, dan teringin benar merasakan suasana Hari Raya di kampung. Diam-diam Edna akhirnya menumpang Sofi dan Mizan ke kampung.

Hari Raya Sofi berubah menjadi huru hara apabila Edna merancang untuk memeriahkan lagi Hari Raya Sofi sekeluarga!










Tuesday, 2 May 2023

LOCAL B RAYA 2023 FULL

 

TELEFILEM LOCAL B RAYA 2023 (Noreen, Ayaa)

Klik Link dibawah untuk tontonan percuma

LINK : LOCAL B RAYA 2023

SINOPSIS LOCAL B RAYA 2023

Local B Raya mengisahkan dua adik beradik yang telah kehilangan kedua ibu bapa mereka dan masing-masing telah kebandar untuk mencari haluan hidup sendiri dan hubungan mereka memang tidak pernah baik sejak kehilangan kedua ibu bapa mereka. Noreen Iman sebagai seorang kakak dan Ayaa Amiruddin sebagai seorang adik. Adakah hubungan mereka akan kembali bahagia pada hari raya bakal menjelma ? Saksikan Cerita Local B raya 2023 ini.



Sunday, 30 April 2023

Cik Diva Balik Kampung 2023 TELEFILEM FULL

 

Klik Link dibawah untuk tontonan percuma

Telefilem yang dibawakan sempena Aidilfitri ini merupakan terbitan syarikat produksi Arwaa Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Heykal Hanafiah dengan nukilan skrip daripada novelis terkenal, Sophilea.

Sinopsis Telefilem Cik Diva Balik Kampung

Telefilem Cik Diva Balik Kampung menampilkan barisan pelakon seperti Shiha Zikir, Syazuwan Hassan, Khaty Azian, Dayang Areeda, Amyza Aznan, Shamsul Ghau Ghau, Roy Azman, Aljeffri Sherry, Dak Ajim, Ayam Kahau, Ewan Fauzi dan ramai lagi.

  • Shiha Zikir sebagai Dibah
  • Syazuwan Hassan sebagai Fahri
  • Sherry Aljeffri sebagai Nek Kiah
  • Roy Azman sebagai Tuan Azman
  • Khaty Azian sebagai Puan Mahani
  • Dayang Areeda sebagai Zuzu
  • Amyza Aznan sebagai Dayah
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Paksu

Ianya mengisahkan tentang Dibah iaitu seorang model dan pelakon pembantu yang mana kini perlu menghadap bil kad kredit yang melambung tinggi sebab terlalu kerap berbelanja.

Encik Razlan dan Puan Haniah tidak dapat membantu anak mereka lagi dan mencadangkan Dibah untuk pulang ke kampung untuk menjaga neneknya.


Saturday, 29 April 2023

TIGA JANDA MELAWAN DUNIA FULL MOVIE

 

Klik Link dibawah ini untuk tontonan percuma


Sinopsis


Kisah 3 orang janda iaitu Midah, Rohayu dan Ani yang merupakan peminat fanatik penyanyi tersohor, Aiman Zalini. Diorang bertiga ni bertungkus-lumus kumpul duit dengan bukak bisnes vape untuk beli tiket konsert yang berharga RM15 ribu satu kepala. Tanpa diorang tahu, rupa-rupanya keseronokan diorang untuk join konsert tu dicemari dengan insiden demi insiden.

Tajuk: Tiga Janda Melawan Dunia
Genre: Komedi, persahabatan, saspens
Bahasa asal: Bahasa Melayu
Tarikh tayangan: 19 Mei 2022
Tempat tayangan: GSC (Malaysia) dan Netflix
Pelakon: Khatijah Tan, Normah Damanhuri, Raja Azura, Norman Hakim, Rosnah Mat Aris, Ellyza Azizi, Abbas Mahmood, Taufiqizmer Tawaff, Soffi Jikan