Adsterra

Monday, 29 January 2024

TELEFILEM BUKAN KHADIJAH

 

Klik link dibawah untuk tontonan percuma:

LINK TELEFILEM BUKAN KHADIJAH


TELEFILEM BUKAN KHADIJAH


Rangkaian : Slot Panggung RTM TV1
Idea Asal : Nor Ashikin Zainal
Penulis Skrip : Che Li
Pengarah : Nor Ashikin Zainal
Produksi : Unit Drama TV

PELAKON TELEFILEM BUKAN KHADIJAH

  • Shakilla Khoriri
  • Azrel Ismail
  • Laila Nasir
  • Sahronizam Noor
  • Esma Daniel
  • Yuyun Hikmah
  • Najua Nasir
  • Juita Johari
  • Puteri Rafasya
  • Adriana Qasmia
  • Shazman Isaac


SINOPSIS TELEFILEM BUKAN KHADIJAH

Kisah kehidupan Khadijah mula terganggu kerana dirinya sentiasa diekori seorang lelaki. Kebenarannya terbongkar lelaki itu adalah suaminya sendiri iaitu Azlan. Khadijah mengalami amnesia kerana kemalangan ketika berbulan madu di pulau, kepala Khadijah terhantuk jatuh perahu dan dia disahkan mengidapi amnesia.

Sewaktu Khadijah sedar dari koma tiga bulan lalu, Khadijah tidak mengenali Azlan. Azlan yang terlalu menyayangi Khadijah mengaku dia yang mengatur ‘kehidupan baru’ Khadijah dengan memastikan keadaan Khadijah semakin baik dan dia tidak mahu Khadijah terkejut dengan kehadiran suami yang tidak diingatinya.

Khadijah banyak bertanyakan tentang dirinya yang lalu. Khadijah dahulunya seorang gadis berpewatakan kasar yang dibuang keluarga. Penyakitnya membuatkan Khadijah sukar mengingati masa silamnya.

Khadijah pulang ke kampung ditemani Azlan. Berita kepulangan Khadijah disambut dengan pelbagai reaksi daripada adik angkatnya, Rina, ibu kandungnya, Salmah dan Baha, bapa tirinya. Sampai di rumah, Khadijah disambut dingin.

Salmah menyatakan Khadijah tak layak pulang selepas terbongkar perbuatan kotornya dulu. Khadijah tidak mengerti ‘perbuatan kotor’ apa yang dimaksudkan Salmah. Sebelum pulang Khadijah cuba berjumpa dengan ibunya lagi. Tetapi Rina halang dan mendedahkan perbuatan kotornya dahulu. Khadijah malu dan berasa jijik dan tertekan. Khadijah faham siapa dia, dan mengapa dia dihalau dari pulau itu.

Mujur ada Yati, sahabat baik Khadijah di sekolah dulu yang berjaya membongkar rahsia siapakah dalang yang menyebabkan Khadijah dibuang keluarga. Namun derita Khadijah tidak berakhir di situ kerana ada seseorang yang terdekat dengan Khadijah juga cuba membalas dendam terhadapnya. 

Siapakah dalang tersebut?

Jom sertai group telegram koleksi movie melayu! 

https://t.me/koleksimoviemelayu2

 


Saturday, 27 January 2024

TELEFILEM KITA BUKAN ANJING

 

Klik di bawah untuk tontonan percuma:


JUDUL : KITA BUKAN ANJING 
PENGARAH : Sabri Yunus
TERBITAN : Heritage Movies Sdn Bhd
PELAKON : Aeril Zafrel, Beto Kusyairy, Saidi Sabri, Didies Alias, Sabri Yunus

SINOPSIS KITA BUKAN ANJING 
Kisah konflik mengenai dua adik beradik yang berlainan bapa. Mereka saling benci membenci di antara satu sama lain dan kebencian semakin membara apabila mereka meningkat dewasa.

Tuesday, 23 January 2024

Telefilem Isteri Seorang Lelaki (TV1)

 

Klik Link dibawah untuk tontonan percuma:


TELEFILEM ISTERI SEORANG LELAKI

Waktu Siaran : Sabtu, 6 Januari 2023, jam 9:00 malam
Siaran TV : TV1
Strim online : RTMKlik
Idea Asal : Fatin Nabila
Penulis skrip : Azilah Wahab & Fatin Nabila
Pengarah : Murali Abdullah
Produksi : Aniq Communication

PELAKON DAN WATAK

Pelakon Telefilem Isteri Seorang Lelaki dibintangi oleh Faizal Hussein, Jay Iswazir, Wafariena Roslan, Norlie Tamam Idris, Talha Harith dan ramai lagi.
  • Wafariena Roslan sebagai Ilani

SINOPSIS ISTERI SEORANG LELAKI

Isteri Seorang Lelaki mengisahkan tentang Ilani, seorang mahasiswa bekahwin dengan Kamarul di Siam. Hubungan mereka tidak direstui keluarga dan tidak didaftarkan di Malaysia. Sikap Kamarul yang panas baran membuatkan Ilani nekad meminta cerai.






Saturday, 20 January 2024

Telefilem Mendung Berlalu (TV1)

 


Klik link dibawah untuk tonton percuma:


Mendung Berlalu

Rangkaian: RTM TV1 
Penulis Skrip: Farah Izzati
Pengarah: Hafiz Raslin
Produksi: R&D studio Sdn Bhd
Pelakon: Fizz Fairuz, Yana Samsudin, Kartina Aziz, Jalil Hamid, Aloeng Silalahi

Sinopsis Mendung Berlalu

Kisah seorang anak lelaki dalam menjalankan tangungjawab terhadap ibu dan isterinya.

Friday, 24 November 2023

Telefilem CIKGU A+ (Full Movie)

 


KLIK LINK DIBAWAH UNTUK TONTONAN PERCUMA 

LINK : TELEFILEM CIKGU A+ Full Movie

Sinopsis 

Drama melayu mengisahkan tentang guru yang berusaha untuk memajukan murid murid kelas yang tercorot ke kelas yang lebih baik.

Selamat Menonton.





Wednesday, 11 October 2023

TELEFILEM KERANA AKU SEORANG IBU (FULL MOVIE)

 

KLIK LINK DIBAWAH UNTUK TONTONAN PERCUMA:


Sinopsis Kerana Aku Seorang Ibu

Kisah suka-duka tiga orang ibu, Maria, Julia dan Anita membesarkan anak-anak mereka.

Maria wanita berkerjaya yang membangunkan perniagaannya sendiri. Dia telah bercerai dengan bekas suaminya dan mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ezra dan Ezrin. Setelah bercerai dengan Zainal, kedua-dua anak itu yang meningkat remaja dibesarkan oleh bapa mereka. Kesibukan Maria menguruskan perniagaan menyebabkan hubungannya dengan Ezra dan Ezrin renggang dan semakin menjauh.

Seterusnya kisah Anita, guru sekolah menengah yang baru berpindah ke Kuala Lumpur bersama dua orang anaknya, Juwita dan bayi, Sara. Juwita melanjutkan pengajian ke kolej dan waktu yang sama dia membantu ibunya menguruskan rumah dan Sara. Dari mata kasar Anita, Juwita dan Sara kelihatan bahagia dan sempurna namun tiada sesiapa pun yang tahu bahawa Sara bukanlah anak Anita tetapi anak Juwita.

Kisahnya berkembang dengan watak Juwita yang cuba menyesuaikan diri sebagai seorang ibu muda dan dalam masa yang sama masih bergelar pelajar kolej. Dia menyimpan rahsia telah diperkosa teman sekolahnya di kampung yang menyebabkannnya mengandung dan melahirkan Sara. Dunianya yang cerah bertukar menjadi mendung. Mujur naluri keibuan Anita kuat memberikan semangat kepada Juwita kerana sedar apa yang berlaku takdir Allah. Mereka berhijrah ke Kuala Lumpur meneruskan kehidupan baru dan Juwita kembali meneruskan pengajian di kolej dan salah seorang sahabat barunya adalah Ezra.

Sementara itu Julia pula seorang ibu tiri yang hidup bahagia bersama anak tirinya, Talia. Julia cuba sedaya upaya untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak tirinya itu apatahlagi dia telah beberapa kali keguguran. Dia melayan Talia bagai anaknya sendiri dan tidak mahu berenggang. Hakikatnya Talia mula rasa rimas dengan situasi itu. Lalu apakah kesudahan jalur cerita mereka?

Monday, 2 October 2023

SELAGI ADA WAKTU (FULL TELEMOVIE)


KLIK LINK DIBAWAH UNTUK TONTONAN PERCUMA:

SELAGI ADA WAKTU (FULL TELEMOVIE)

Mengisahkan tentang seorang ayah yang memandang rendah terhadap anak bongsunya dan terlalu membandingkan kehidupan abang dan kakaknya yang lebih mewah. Lakonan: Jalil Hamid, Faizal Yusof, Ijoy Azhari, Watie Sadali, Zila Bakarin, Fatil Dani.