Adsterra

Adsterra

Thursday, 10 April 2025

Telefilem Raya Tak Nampak Full Movie

 

Klik Button Play di atas untuk tontonan percuma

Raya Tak Nampak


Cerita Asal: Nor Ashikin Zainal
Penulis Skrip: Che Li
Pengarah: Nor Ashikin Zainal, Wan Afzam Wan Daud, Fatin Athiera Dzul Hanafiah
Produksi: Unit Drama TV RTM
Pelakon: Wani Kayrie, Danial Zaini, Mamak Puteh, Imran Aqil, Zila Bakarin, Mandy Chong, Munir Zainal, Sasikumar Kandasamy

OST Raya Tak Nampak 
Tajuk: Ini Raya Kita
Artis: Joy BRTM & Artee
Lirik: Deera Lee
Komposer: Zul Norizan, Achah Saputra

Sinopsis Raya Tak Nampak

Tiga hari sebelum Syawal, kutipan jualan bazar Ramadan tiga bujang, Oyen, Sapok dan Elly semakin tidak memberangsangkan. Tahun ini Hari Raya mereka seperti ‘tak nampak’ sahaja.

‘Raya’ pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Seni Persembahan (drama) yang terdesak mendapatkan markah cemerlang dalam subjek "Improvisation Acting" sanggup menyamar sebagai gadis buta di sebuah Bazar Ramadan.

Sementara itu Oyen, Sapok dan Elly yang baru selesai meniaga di bazar berjaya menyelamatkan Raya dari diragut. Setelah mengetahui ‘Raya Tak Nampak’ (buta) dengan kisah sedih tiada duit nak balik raya, tiga bujang yang mudah simpati dengan gadis cantik, menawarkan Raya pulang ke kampung bersama-sama. Kebetulan pula kampung mereka berdekatan.

Di dalam perjalanan, masing-masing cuba memikat Raya tetapi pelbagai ragam dan masalah pula mereka terpaksa tempuhi sepanjang perjalanan ke kampung. Mereka semakin cemas apabila dikejar oleh seorang lelaki Cina yang memandu jip.

Mereka akhirnya selamat sampai ke kampung halaman. Mereka malu mahu berdepan dengan dengan Kak Long kerana sebelum ini pernah menolak tawaran Kak Long membantu menjual kerepek. Mereka enggan sebab mahu berhijrah ke Kuala Lumpur demi mengejar cita-cita mereka. Namun mereka gagal.

Di rumah Embah Pati, tiga bujang melihat Raya membawa mangkuk tingkat datang beraya. Rupanya Raya tidaklah buta. Tiga bujang kecewa. Rasa ditipu. Dalam perjalanan Raya ke rumah yang lain, dia diculik oleh konco gangster. Oyen yang masa itu menyaksikan kejadian tersebut dan memecut motorsikal mengejar kereta gangster. Siapakah Raya sebenarnya dan apakah motif dia berpura-pura buta, dan apakah sebenarnya yang berlaku sehingga Raya di culik oleh gangster dan siapakah lelaki yang selalu mengekori Raya?


Sunday, 6 April 2025

Telefilem Misiku Kubur (Full Movie)

 

Klik Button Play untuk tontonan percuma


TELEFILEM MISIKU KUBUR


Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : ZK Creative Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

  • Joey Daud sebagai Zack
  • Azrel Ismail sebagai Fakir
  • Kilafairy
  • Munir
  • Zizan Nin
  • Dato' Boy Iman
  • Maimunah Ahmad


SINOPSIS TELEFILEM MISIKU KUBUR

Zack dibebaskan dari hukuman penjara atas tuduhan merompak kedai emas. Selepas merompak, dia sempat menyembunyikan emas itu di suatu tempat. Setelah bebas, Zack ke lokasi tersebut bersama kenalan barunya, Fakir. apa yang mengejutkannya kawasan tersebut kini telah menjadi tapak tanah perkuburan.


Telefilem Pinggan Retak Di Tapak Tangan

 


Klik Butang PLAY untuk tontonan percuma


Pinggan Retak Di Tapak Tangan


Rangkaian: Astro Ria / Astro GO
Penulis Skrip: Azlina Pa'wan
Pengarah: Harris Fadzillah
Produksi: Country Universal Sdn Bhd
Pelakon: Dato Jalaludin Hassan, Fauziah Nawi, Azri Safix, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Myra Afrina

Sinopsis Pinggan Retak Di Tapak Tangan

Mak Yah adalah seorang wanita tua yang menghidap penyakit Alzheimer. Suaminya, Pak Brahim telah menjaganya dengan sepenuh hati memandangkan mereka tidak mempunyai anak.

Mereka telah menganggap Arman, seorang pendatang yang tinggal berhampiran mereka sebagai anak sendiri. Walaupun Pak Brahim menghidap kanser tahap 4, dia tetap menjaga Mak Yah.

Apabila Arman meninggal dunia akibat kemalangan, Mak Yah menjadi makin teruk. Dia mula mencederakan suaminya. Pak Brahim terpaksa melepaskan Mak Yah ke pihak hospital.



Telefilem Raya Tak Nampak Full Movie